Blog

“Bila Ada Rasa Nak Kahwin, Calon Pula Tiada Lagi” 

Pelakon dan penyanyi Naim Daniel berkata dia sudah bersedia untuk mencari bakal isteri serta menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Memetik Berita Harian, Naim berkata dia turut berharap agar Hari Raya kali ini bakal menjadi tahun terakhir dia sebagai lelaki bujang namun belum ada calon lagi buat masa ini.

BACA: Ibu Bapa Naim Daniel Diugut Bunuh

“Jauh di sudut hati, memang saya hendak sangat kahwin dan harap tahun ini adalah tahun terakhir saya beraya dengan status bujang.

“Tetapi, apabila ...

Read More →

Suami Selalu Puji Syasya Rizal Cantik Berhijab

Hampir setahun berhijab, penyanyi Syasya Rizal berkata suaminya memberi sokongan serta kekuatan kepadanya untuk dia terus semangat dan kekal istiqamah dalam menutup aurat.

Memetik mStar Online, Syasya berkata suaminya, Nasrullah Mohd Sapie sering memujinya cantik bertudung serta berkongsikan stail tudung untuk digayakan.

BACA: Dituduh Hamil Sebelum Kahwin, Syasya Rizal Ajak Netizen Jumpa Di Padang Mahsyar

“Kalau kita sentiasa positif dalam hidup, Insya Allah apa saja kita lakukan akan mendapat berkat. Sokongan keluarga memang penting tapi diri sendiri juga ...

Read More →
blank

Siasatan kesan letupan paip gas perlu telus

PETALING JAYA: Kerajaan digesa bersikap telus dengan mendedahkan laporan siasatan lengkap serta data pemantauan kualiti udara kepada umum susulan insiden letupan paip gas di Putra Heights, 1 April lalu.

 

Perkara itu dinyatakan gabungan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Greenpeace Malaysia dan RimbaWatch yang menyuarakan kebimbangan berhubung kemungkinan wujudnya kesan kesihatan jangka pendek dan panjang terhadap penduduk sekitar susulan pelepasan bahan kimia ke udara. 

 

Malah, mereka turut memberi amaran tentang potensi pelepasan gas metana, sejenis ...

Read More →
blank

Kes pertama mangsa serangan beruang matahari di Hutan Simpan Bukit Kinta

IPOH: Insiden lelaki Orang Asli diserang beruang matahari ketika mencari hasil hutan di Hutan Simpan Bukit Kinta dekat sini kelmarin adalah kes pertama seumpamanya di kawasan berkenaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pemantauan telah dilakukan anggota di lokasi kejadian yang juga merupakan habitat semulajadi haiwan tersebut.

“Kita terima laporan kes itu pada 31 Mac lalu dan anggota Perhilitan telah ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan.

“Mangsa dari Kampung Sinju, Keramat Pulai itu diserang beruang ...

Read More →
blank

JKKP siasat punca letupan paip gas

SUBANG JAYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca letupan paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kerja-kerja itu meliputi integriti paip, di mana salah satu paip telah berlaku ledakan.

“JKKP akan meneliti dua lagi saluran paip di mana integritinya sama ada masih baik atau sebaliknya, selain dikaji prosedur saluran,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian kebakaran, hari ini.

Beliau berkata, selain itu, Petroliam ...

Read More →
blank

Lelaki Myanmar ditemukan selamat selepas lima hari tertimbus bawah runtuhan

MANDALAY: Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan seorang lelaki yang masih hidup dari runtuhan selepas lima hari gempa bumi dahsyat melanda Myanmar dan Bangkok.

Harapan untuk menemui lebih ramai mangsa yang terselamat semakin pudar, tetapi terdapat detik kegembiraan pada Rabu apabila seorang lelaki berjaya dikeluarkan hidup-hidup dari runtuhan sebuah hotel di ibu negara Naypyidaw.

Pekerja hotel berusia 26 tahun itu diselamatkan oleh pasukan penyelamat gabungan Myanmar dan Turkiye sejurus selepas tengah malam, menurut perkhidmatan bomba dan junta.

Dalam rakaman video yang dimuat naik oleh ...

Read More →
blank

Mangsa kebakaran paip gas di PPS Masjid Putra Heights catat penurunan

SUBANG JAYA: Jumlah mangsa kebakaran paip gas semalam yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights di sini mencatatkan penurunan setakat pukul 8 malam ini.

Berdasarkan status terkini bencana PPS Selangor, sejumlah 306 mangsa direkodkan daripada 80 keluarga berbanding 323 mangsa daripada 84 keluarga pada pukul 6 petang tadi.

Jumlah itu membabitkan 97 orang lelaki, 110 wanita, 95 kanak-kanak dan empat bayi.

Terdahulu, PPS itu mencatatkan 489 mangsa daripada 109 keluarga yang terlibat dengan kebakaran di Putra Heights pada 1 ...

Read More →
blank

Kerajaan perlu siasat letupan paip gas secara menyeluruh

PETALING JAYA: Kerajaan digesa menjalankan siasatan secara menyeluruh dan teliti berhubung insiden letupan akibat kebocoran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, semalam.

Pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, sekiranya siasatan mendapati kejadian berpunca daripada kecuaian manusia, pihak bertanggungjawab perlu dikenakan tindakan undang-undang tanpa sebarang kompromi.

Menurutnya, aspek penyelenggaraan keselamatan saluran paip gas di kawasan terbabit juga wajar diteliti secara komprehensif bagi mengelakkan tragedi berulang pada masa akan datang.

“Mengikut piawaian antarabangsa, saluran paip gas ...

Read More →
blank

Bank, insurans tawar bantuan kewangan kepada mangsa kebakaran paip gas

 

PETALING JAYA: Institusi kewangan dan syarikat insurans menawarkan bantuan segera kepada mangsa tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang.

 

Antara institusi kewangan yang tampil membantu ialah Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Ambank.

 

Bank Muamalat menyediakan Bantuan Khas Moratorium dan penggantian kad debit serta kad kredit tanpa bayaran kepada pelanggan mereka yang terjejas.

 

“Bank Muamalat prihatin dengan kesulitan berikutan tragedi kebakaran paip gas di Putra Heights.

 

“Oleh itu, kami menawarkan Bantuan Khas ...

Read More →
blank

Polis tidak temui sebarang mayat

SUBANG JAYA: Polis mengesahkan tiada penemuan mayat di lokasi kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights di sini semalam.

Ia selepas unit forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pencarian bagi mengesan mangsa yang mungkin terperangkap sejak insiden berlaku.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, usaha mengesan mangsa dilakukan secara menyeluruh, namun setakat ini tiada penemuan mayat direkodkan.

“Hasil pencarian yang dibuat pasukan forensik ...

Read More →
Page 197 of 2,009 «...170180190195196197198199...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X