PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki warganegara India menyeludup minuman keras dipercayai tidak bercukai gagal apabila dia diberkas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Sentul, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, semalam.
Lelaki berusia lingkungan 40-an itu diberkas kira-kira pukul 3 petang selepas pihak JPJ memeriksa lori jenis kargo am yang dipandunya dalam operasi khas sempena Ops Hari Raya (HRA) 2025.
Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pemeriksaan mendapati lelaki berkenaan tidak memiliki lesen memandu sah dan tiada Lesen ...