PETALING JAYA: Platform X tidak semena-mena sohor kini dengan tanda pagar #GV10SITINORDIANA menjelang malam akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV), di Axiata Arena Bukit Jalil, esok.
Menerusi tinjauan dalam media sosial itu, sehingga artikel ini ditulis, lebih 9,440 ciapan membanjiri ruangan tersebut, sekali gus menewaskan ciapan berkaitan isu semasa politik dan serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Antara mencuri perhatian adalah sedutan klip video penyanyi, Siti Nordiana yang mesra disapa Nana menjalani sesi latihan serta sedutan klip video semasa pentas separuh akhir, ...