KUCHING: Lantikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof memegang peranan baru sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam turut memberi peluang kepada Sarawak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Jelasnya, Sarawak diketahui mempunyai agenda terhadap tenaga boleh diperbaharui itu membolehkan dasar tenaga diatur semula serta meletakkan Malaysia sebagai hab hijau di rantau ini.
“Dengan penekanan Sarawak terhadap tenaga boleh diperbaharui adalah wajar bagi melantik Datuk Seri Fadillah untuk mengatur semula dasar tenaga dalam usaha ...