Blog

Banjir di Terengganu kian pulih 

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu hampir pulih sepenuhnya dengan mangsa hanya berbaki 44 orang setakat pukul 8 pagi ini.

Kesemua mereka kini berada di dua pusat pemindahan sementara di daerah Besut.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, kesemua mangsa dijangka pulang ke rumah masing-masing sekiranya banjir surut sepenuhnya hari ini. – UTUSAN

Source

Read More →

26,380 ditahan edar, seludup dadah

PETALING JAYA: Seramai 26,380 individu ditangkap selepas terlibat dalam 19,352 kes penyeludupan dan pengedaran dadah di seluruh negara sejak Januari hingga November lalu. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya mendapati kes penyeludupan dan pengedaran dadah banyak tertumpu di kawasan-kawasan bandar. Katanya, Kuala Lumpur, Kedah, Selangor, Johor dan Pulau … Read More →

Hakisan Pantai Sabak semakin teruk, penduduk terancam

KOTA BHARU: Walaupun sudah biasa berdepan situasi ombak besar dan angin kuat yang berlaku setiap tahun, penduduk khususnya berhampiran pesisir Pantai Sabak, di sini tetap berwaspada kerana jarak rumah dengan pantai semakin dekat akibat hakisan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terdapat kesan hakisan di tepi benteng kawasan kampung berkenaan sehingga membolehkan ombak melepasinya dengan ketinggian kira-kira 2.1 meter.

Seorang penduduk, Adnan Abdul Ghani, 44, berkata, kejadian ombak besar kerap berlaku sehingga menyebabkan air laut yang bertembung dengan air sungai melimpah ke jalan ...

Read More →

Lebih 500,000 suri rumah carum SKSSR Perkeso

KUALA LUMPUR: Seramai 512,518 wanita telah mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengikut Akta Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sekali gus berjaya mencapai sasaran 100 peratus pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Ke­selamatan Sosial Suri Rumah Perkeso, Kasthuri Patto berkata, jumlah itu membaabitkan nilai keseluruhan caruman sebanyak RM61.5 juta.

Kata beliau, semua wanita di negara ini sama ada berstatus bujang, bercerai, kehilangan suami, ibu tunggal, ibu tinggal malah wanita bekerja yang menjalankan tanggungjawab hakiki boleh mencarum ...

Read More →

PU Azman dipenjara enam tahun

SHAH ALAM: Bekas peserta rancangan realiti TV Pencetus Ummah (PU), PU Azman dikenakan hukuman enam tahun penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lebih tujuh tahun lalu.

Hukuman tersebut dikenakan apabila bekas pendakwah selebriti itu menukar pengakuan bersalah selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi daripada pihak pembelaan yang dihantar pada Oktober lalu.

Mahkamah turut memutuskan hukuman tersebut diambil kira mengikut Seksyen ...

Read More →

Belum Dikurniakan Zuriat, Hannah Delisha Reda Dengan Ketentuan Allah

Pelakon Hannah Delisha reda serta percaya dengan ketentuan Allah belum lagi dikurniakan zuriat selepas mengalami keguguran pada Mac lalu.

Memetik Harian Metro, Hannah berkata dia ingat dengan pesanan ibunya supaya percaya serta menerima ketentuan Allah berkenaan soal zuriat.

“Bagi saya, tiada gunanya jika kita merancang keluarga tapi tiada rezeki nak dapat anak pun? Selepas mengalami keguguran sebelum ini, ibu saya menasihatkan untuk percaya dengan takdir Tuhan di mana kalau Allah nak bagi dia akan bagi pada waktu yang tepat,” katanya.

Sementara itu, ...

Read More →

“Pastikan Dia Tak Kisah Asap Rokok”

Pelakon Azhar Sulaiman berkata dia mengizinkan anakya Kasih Iris Leona berkahwin tahun depan namun telah meletakkan beberapa syarat sebelum menerima calon suami anaknya itu.

Menerusi perkongsian di Facebook, mengucapkan selamat tahun baru kepada Leona serta mengizinkan anaknya itu untuk berkahwin.

“Selamat tahun baru Mekna, kalau awak nak sangat nikah tahun depan, tak apa. Tapi pastikan calon suami awak tak kisah asap rokok, terutama dalam kereta, bukan vegetarian dan okay dengan musik genre rave,” katanya.

Dalam pada itu, Azhar berkata calon bakal suami ...

Read More →

Illa Sabry Rasa Nak Mati, Berat Badan Susut 12 Kg Penangan Sihir

Penyanyi Illa Sabry mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman berat badannya turun mendadak sehingga 12 kilogram gara-gara disihir.

Memetik Kosmo, Illa berkongsikan kejadian berlaku pada tahun 2012 dan merasakan dirinya hampir mati apabila lebih sebulan tidak dapat menjamah makanan.

Sementara itu, Illa berkata pada awalnya dia menjangkakan menghidap penyakit batu karang namun selepas menjalani pemeriksaan dengan enam doktor kesihatannya baik sahaja.

“Saya memang fikir positif ingat sakit batu karang tetapi doktor kata batu karang saya terlalu kecil untuk saya sakit teruk sebegini. Akhirnya ...

Read More →

Intan Najuwa Jaga Batas Dengan Pelakon Berstatus Suami Orang

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai isu sondol menyondol melibatkan mereka yang sudah berkahwin termasuk di kalangan selebriti.

Menerusi satu video dikongsikan di TikTok, pelakon Datin Intan Najuwa berkata dia menjaga batas pergaulan dengan pelakon berstatus suami orang.

“Saya memang betul-betul jaga. Kalau pelakon lelaki lagi-lagi sudah beristeri, saya akan friend zone kan terus,” katanya.

Sementara itu, Intan berkata dia memiliki personaliti yang kasar dan bukannya seorang yang manja. Katanya lagi, apabila bergandingan dengan pelakon sudah berkahwin dia akan ‘friend zone’ awal-awal.

Perkongsian ...

Read More →

Permit Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah ditolak-PDRM Sabah

KOTA KINABALU: Polis Sabah menolak permit Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah yang dianjurkan oleh Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) susulan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, penganjuran perhimpunan itu ditolak bagi memastikan keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan pengunjung di Karnival Ria yang diadakan di depan Menara Kinabalu terjamin.

Beliau berkata, difahamkan terdapat dua kumpulan ingin mengadakan perhimpunan di Menara Kinabalu dan situasi itu tentunya akan menimbulkan suasana tidak tenteram kepada pengunjung di karnival berkenaan terutama ...

Read More →
Page 192 of 1,610 «...160170180190191192193194...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X