JAKARTA: Seorang ibu hanya mampu menahan sedih dan berasa amat kecewa selepas mendapati anaknya menggunting wang kertas bernilai 1,000 rupiah (30 sen) hingga 100,000 rupiah (RM30).
Pengguna TikTok, mahisaka_ berkongsi ‘kisah duka’ itu menerusi platform tersebut dengan tajuk ‘usah ajar saya bagaimana mahu bersabar’.
Menerusi sebuah lagi klip, wanita itu menceritakan wang tersebut adalah untuk perbelanjaan barangan dapur bagi tempoh sebulan buat keluarganya.
Ibu itu juga menyatakan bagaimana dia boleh bersabar dan meminta penjelasan anak perempuannya.
“Saya hanya mahu menggunting sesuatu,” ujar si ...