PETALING JAYA: Polis mengesahkan empat kenderaan tertimbus susulan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Wawasan 3/9 dan 3/14, Puchong dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian Kira-kira pukul 7.30 malam itu, sebanyak 29 penghuni di sembilan kediaman diarah berpindah susulan kejadian tanah runtuh itu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Laman Puteri 3, Bandar Puteri, Puchong.
Menurut beliau, sembilan rumah itu terletak hampir dengan ...