BUTTERWORTH: Seorang pemuda yang nekad terjun di Kilometer 3.4, Jambatan Pulau Pinang, pagi tadi dipercayai mahu membunuh diri selepas menetak mati teman wanitanya di Jalan Raja Uda, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd. Asri Shafie berkata, suspek berusia 29 tahun itu bagaimanapun diselamatkan nelayan sebelum ditahan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang (IPK).
Menurut beliau, terdahulu pihaknya mendapat maklumat seorang wanita berusia 42 tahun ditetak seorang lelaki pada bahagian ...