SEREMBAN: Seramai 3,530 Ketua Isi Rumah (KIR) di Negeri Sembilan berjaya dikeluarkan daripada kategori miskin tegar sekali gus menyaksikan negeri ini berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar menjelang berakhirnya tahun 2023.
Ia selepas Seremban menjadi daerah terbaharu berjaya mensifarkan miskin tegar semalam daripada seramai 922 orang KIR miskin tegar yang direkodkan pada awal tahun 2023 di daerah itu berdasarkan sistem pengkalan data keluarga miskin (eKasih).
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, walaupun dijangka ada ...