GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) disarankan memberi diskaun sehingga 50 peratus atau minimum RM20 kepada pengguna di kawasan Barat Daya dan Seberang Perai yang terpaksa berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual selama lebih tiga hari susulan kejadian paip pecah di Sungai Perai.
Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Gerakan Pulau Pinang, Andrew Ooi berkata, pengguna air di sebahagian besar negeri ini berdepan gangguan bekalan air selama lebih tiga hari lalu dan ia adalah satu perkara yang sangat serius ...