KUALA LUMPUR: Parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), aktivis dan gerakan mahasiswa akan mengadakan perhimpunan ‘Kepung Demi Palestin’ selama enam hari di kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini mulai malam esok, sehingga 31 Disember ini.
Sekretariat Solidariti Palestin (SPP) dalam kenyataan hari ini berkata, tindakan itu adalah maklum balas terhadap tindakan Amerika Syarikat yang berterusan menggunakan kuasa veto untuk mensabotaj usaha perdamaian di Palestin.
Katanya, perhimpunan itu diadakan secara aman.
“Kami membuka khemah dan
tinggal di khemah sepanjang piket, selain mengadakan acara-acara ...