KOTA KINABALU: Seramai 169 orang mangsa terjejas banjir di dua daerah di Sabah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini sejak semalam.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah memaklumkan setakat ini 142 orang mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke PPS di Sandakan dan 27 orang daripada sembilan keluarga dipindahkan ke PPS di Paitan.
Tiga PPS yang dibuka adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pamol dan Rumah JPKK Cocos di Paitan dan Masjid Nur Iman, Kampung Sungai Memanjang ...