PETALING JAYA: Tayar sebuah lori yang tercabut sehingga mengakibatkan nahas di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Ayer Keroh dipercayai berpunca daripada kerosakan pada hujung gandar hadapan kenderaan terbabit.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Mahmood Razak Bahman berkata, kenderaan berjenama Foton itu sudah melakukan pemeriksaan awalan pada 28 Mac lalu dan tarikh pemeriksaan selanjutnya pada 28 Mac ini.
Kata beliau, penemuan tersebut merupakan peringatan penting kepada pemilik kenderaan perdagangan untuk memastikan kenderaan mereka diselenggara dengan baik dan mengikut jadual yang ...