PONTIAN: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai menegaskan tiada keperluan menubuhkan Kerajaan Perpaduan di negeri ini yang telah berjalan dengan baik dan menjaga semua pihak termasuk wakil rakyat Pakatan Harapan (PH).
Ketuanya, Mohd. Noor Fairuz Mat Drus berkata, konsep Kerajaan Perpaduan di Johor telah pun direalisasikan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Katanya, UMNO Johor bersama Pemuda UMNO telah membuktikan komitmen mereka dengan memastikan kemenangan Suhaizan Kaiat ...