PUTRAJAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah memulakan proses pengagihan bantuan dana RM30 juta kepada lebih 200,000 pesawah yang layak di seluruh negara.
Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dana berkenaan telah diterima sepenuhnya daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) pada 28 Mac lalu.
Kata beliau, agihan sumbangan ini dijangka selesai sepenuhnya menjelang pertengahan bulan ini.
“Sumbangan ini merupakan inisiatif daripada syarikat swasta BERNAS dan bukanlah dana awam, sebaliknya adalah peruntukan