BUTTERWORTH: Seorang penjenayah yang dikehendaki maut selepas berbalas tembakan dengan polis berdekatan kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Lembu dekat sini, tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.35 tengah malam itu, suspek lelaki berusia 44 tahun berkenaan disahkan mati selepas kenderaan Utiliti Sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dipandunya terbabas berhampiran jirat Cina di lokasi kejadian.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, terdahulu sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang ...