Blog

70 pusat hiburan diserbu, 477 individu ditahan

PETALING JAYA: Sebanyak 70 pusat hiburan di seluruh negara diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Op Noda Khas awal pagi tadi.

Operasi bermula 1 pagi hingga 6 pagi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Bahagian D7 Kontinjen dan Bahagian D7 Daerah di seluruh negara.

Serbuan tersebut melibatkan seramai 358 pegawai dan 1,425 anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak terbabit dalam semua serbuan yang dibuat.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan ...

Read More →

China kuat kuasa undang-undang pendidikan patriotik

BEIJING: Bagi menjamin pembangunan sosial yang lebih baik dan berterusan, China menguatkuasakan Pendidikan Patriotik China, berkuat kuasa semalam.  

Lapor Xinhua, berdasarkan undang-undang itu, pendidikan patriotik merangkumi pelbagai bidang.

Bidang-bidang berkenaan antaranya membabitkan ideologi dan politik, sejarah dan budaya, lambang kebangsaan, keindahan tanah air, perlembagaan dan undang-undang, perpaduan negara dan etnik, keselamatan dan pertahanan negara serta jasa pahlawan dan tokoh.

Menurut agensi berita berkenaan, ...

Read More →
blank

Pas tanya kerajaan, sudah berjaya noktahkan kemiskinan tegar?

PETALING JAYA: Kerajaan diminta untuk memberi penjelasan sama ada matlamat untuk menoktahkan miskin tegar pada tahun lalu berjaya dihasilkan atau pun tidak.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kerajaan perlu tampil memberi penjelasan selepas berkali-kali menyatakan keyakinan bahawa miskin tegar dapat dinoktahkan pada tahun 2023.

“Hari ini 1 Januari 2024, adakah tidak wujud lagi miskin tegar di Malaysia? Kerajaan dimohon perjelaskan,” katanya dalam satu hantaran di

Read More →
blank

Tentera AS serang 3 kapal Houthi di Laut Merah

SANAA: Sekurang-kurangnya 10 anggota Houthi Yaman terbunuh selepas tentera Amerika Syarikat (AS) menyerang tiga kapal milik kumpulan itu di Laut Merah.

Perkara itu disahkan oleh kumpulan Houthi yang disokong Iran dalam satu kenyataan.

Lapor Al Jazeera, menurut kumpulan Houthi, ketika kejadian, kapal berkenaan sedang melakukan rondaan bertujuan `meningkatkan keselamatan dan kestabilan serta melindungi pelayaran maritim’.

Malah, jelasnya, ketiga-tiga kapal itu juga sedang menjalankan ...

Read More →
blank

Tsunami 0.4 meter direkod loji nuklear terbesar dunia Jepun

TOKYO: Tsunami setinggi 0.4 meter atau 1.3 kaki direkodkan berhampiran loji tenaga nuklear terbesar dunia, Kashiwazaki-Kariwa di wilayah Niigata, Jepun.

Perkara itu dimaklumkan oleh Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) dalam satu kenyataan.

Lapor Sputnik, jawatankuasa keselamatan wilayah Fukui mengesahkan tiada situasi kecemasan dilaporkan di kemudahan loji nuklear itu.

Menurut laporan agensi itu, amaran tsunami dikeluarkan bagi semua pantai barat Jepun dari pulau utara Hokkaido ke pulau selatan Kyushu.

“Malah, amaran tsunami besar juga diisytiharkan di wilayah ...

Read More →
blank

Buku Autopilot Millionaire DDNK perkenal formula pelaburan AI

KUALA LUMPUR: Buku bertajuk Autopilot Millionaire tulisan Datuk Dr. Nazri Khan atau lebih dikenali sebagai DDNK bakal meniadi panduan baharu kepada pelabur termasuk mengetengahkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam urusan pelaburan.

DDNK yang merupakan penganalisis ekonomi dan pasaran terkenal berkata, teknologi AI sangat penting dalam membantu menjalani kehidupan seharian termasuk dalam urusan pelaburan saham tempatan mahu pun dunia.

Menyedari perkara itu, beliau tampil memperkenalkan formula terbaharu dalam dunia pelaburan berasaskan AI yang berpotensi memberikan keuntungan kepada para pelabur.

Katanya, dengan bantuan teknologi ...

Read More →
blank

Bawa pulang RM90,000 selepas daratkan keli 7.5kg

blank

SUNGAI PETANI: Seorang pemancing bertuah apabila berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM90,000 selepas dia mendaratkan seekor ikan keli seberat 7.5 kilogram (kg) dalam pertandingan memancing di Taman Songket Indah, di sini. Roslan Abdul Rahman, 54, berkata, dia terpaksa ‘bertarung’ kira-kira 10 minit bagi memastikan ikan keli tersebut berjaya ditawan selain mengelak daripada terlepas daripada mata kail pada jorannya. Bapa…

 

 

Sila Log Masuk atau ...

Read More →
blank

Sambung operasi Ipoh-Langkawi bergantung syarikat penerbangan

IPOH: Penyambungan semula operasi penerbangan Ipoh ke Langkawi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) bergantung kepada keputusan syarikat penerbangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan syarikat penerbangan berkenaan sebelum laluan yang digantung sementara itu beroperasi semula.

“Berdasarkan laporan yang kita terima, penerbangan tersebut hanya digantung sementara, malah laluan untuk Ipoh ke Langkawi pun masih ada, cuma ia perlu dirujuk semula ke syarikat penerbangan terlibat.

“Ada banyak faktor terlibat antaranya ...

Read More →
blank

CAP galakkan masyarakat tanam sayuran sendiri sebagai azam 2024

 

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan orang ramai menanam sayur-sayuran sendiri sempena Tahun Baharu 2024.

Pegawai Pendidikan dan Penyelaras Pertanian Asli CAP, NV Subbarow berkata, ia susulan tahun ini dijangka mencabar buat pengguna terutama harga makanan yang tidak menentu.

Katanya, apa juga jenis sayuran dan herba boleh ditanam untuk kegunaan sendiri sekali gus membantu menjimatkan kos.

“Harga sayur-sayuran juga telah meningkat sejak kebelakangan ini dan dijangka bertahan selama setahun lagi.

“Oleh kerana lebih banyak hujan dan banjir menyebabkan lebih banyak kesukaran ...

Read More →
blank

Tsunami ketinggian lima meter dalam jarak 300 km mungkin landa

TOKYO: Ombak tsunami berbahaya sehingga lima meter mungkin berlaku di sepanjang pantai utara tengah Jepun hari ini dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa dengan magnitud 7.5, kata agensi Amerika Syarikat dan Jepun.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik yang berpangkalan di Hawaii berkata, gelombang tsunami ini berkemungkinan berlaku sepanjang pantai negara berkenaan.

“Gelombang tsunami berbahaya daripada gempa bumi ini berkemungkinan dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Jepun,” katanya.

Read More →

Page 1,844 of 1,952 «...1,8201,8301,8401,8421,8431,8441,8451,846...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X