JEDDAH, Arab Saudi: Gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester City membuktikan keampuhan mereka sebagai salah sebuah pasukan terunggul ketika ini apabila dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Kelab FIFA selepas menumbangkan Fluminense 4-0 dalam aksi final awal pagi tadi.
Aksi yang berlangsung di Stadium Bandaraya Sukan Raja Abdullah, Jeddah itu menyaksikan City tidak perlu menunggu lama untuk mendahului apabila Julian Alvarez hanya memerlukan 40 saat sahaja bagi meledak gol selepas wisel perlawanan dibunyikan.
City yang dipimpin Pep Guardiola terus selesa apabila pemain lawan, ...