KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menguji sistem 15 mata yang mahu diperkenalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kejohanan di peringkat remaja.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, kiraan baharu itu akan diuji pada kejohanan bawah 18 tahun dan Kejohanan Cabaran Antarabangsa yang kedua-duanya akan diadakan di Ipoh, Perak, Julai ini.
“Ini hanya satu proses percubaan daripada BWF untuk memastikan sama ada 15×3 ini sesuai ke tidak. Jadi, buat masa ini beberapa negara telah bersetuju untuk membuat percubaan,” katanya ...