KUANTAN: Pengagihan bantuan dan kerja-kerja pembersihan pasca banjir di negeri ini perlu melalui pusat kawalan operasi bencana (PKOB) setiap daerah bagi mengelakkan berlakunya pertindanan kerja.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyelarasan tindakan itu dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang juga Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaakob.
“Semua aktiviti sama ada pembersihan dan bantuan kita salurkan kepada PKOB kerana tidak mahu kerja dua kali terjadi,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penyampaian sumbangan Program Memacu ...