PUTRAJAYA: Keuntungan diperolehi bukan biasa-biasa malah, mampu mencecah RM100,000 sehari atau sehingga RM3 juta sebulan.
Itu keuntungan diraih sindiket judi atas talian didalangi sekumpulan warganegara China sejak enam bulan lalu.
Bagaimanapun, sindiket bertapak di unit kondominium mewah di Kuala Lumpur itu akhirnya tumpas selepas diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) petang semalam.
Dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Bangsar, Kuala Lumpur dan Ampang, Selangor itu, JIM berjaya menahan sembilan lelaki warga China berusia antara 25 hingga 39 tahun termasuk dalang sindiket berusia ...