Semalam tular berita mengenai pelakon popular era 90-an iaitu Aman Graseka dalam kesempitan serta terpaksa meminta bantuan untuk memberi anak-anaknya makan.
Memetik mStar Online, Aman memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik serta mengatakan berita tular itu tidak benar dan dia masih mempunyai pekerjaan.
BACA: Aman Graseka Perlu Bantuan Rawat Mata Anak Dijangkiti Virus
“Perkara itu semua tidak betul. Saya ada kerja sendiri. Hamba okay saja dengan isteri dan anak-anak,” katanya.
Sementara itu, Aman berkata dia sendiri terkejut dengan berita ...