Seperti yang dijanjikan, pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Jofliam akan memberikan pizza wagyu percuma kepada orang ramai susulan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.
Menerusi perkongsian di Instagram Storynya, Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi berkata, majlis resepsinya akan digantikan dengan pemberian pizza percuma yang akan diadakan pada minggu hadapan.
Read More →

Insiden Kebakaran Paip Gas Di Putra Heights, MB Selangor Sahkan Mesin Pengorek Dikesan
Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan media telah memaklumkan perkembangan terkini insiden kebakaran paip gas yang berlaku di Putra Heights, Subang Jaya.
Sebagai tanda solidariti dan hormat terhadap mangsa tragedi, Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor 2025 yang dijadualkan berlangsung dalam masa terdekat telah dibatalkan.
Read More →

‘Saya bangga miliki lidah terpanjang di dunia, tiada apa perlu dimalukan’
LOS ANGELES: Keunikan bukan lagi asing bagi Chanel Tapper, seorang wanita dari California yang memegang rekod Rekod Dunia Guinness sebagai pemilik lidah terpanjang di dunia bagi kategori wanita.
Dengan panjang mencecah 9.75 sentimeter, Tapper, 34, mampu melakukan pelbagai aksi luar biasa termasuk menarik blok permainan Jenga, membalik cawan plastik, menyentuh hujung hidung serta bawah dagunya, malah mengangkat sudu hanya dengan menggunakan lidahnya.
Namun, aksi paling digemarinya adalah saat memperlihatkan lidahnya kepada orang ramai dan melihat reaksi ...

Pulau terpencil, tidak berpenghuni turut dikenakan tarif Trump
CANBERRA: Dua wilayah kecil dan terpencil milik Australia di Antartika iaitu Pulau Heard dan Kepulauan McDonald, yang hanya didiami oleh anjing laut serta penguin, turut tersenarai dalam senarai tarif baharu yang diumumkan oleh pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Wilayah yang terletak kira-kira 4,000 kilometer ke barat daya Perth itu tidak pernah dikunjungi manusia sejak hampir sedekad lalu dan hanya boleh diakses melalui perjalanan laut selama tujuh hari dari tanah besar Australia.
Menteri Perdagangan Australia, ...

Trump Kenakan Tarif, Malaysia Mungkin Kehilangan 50,000 Pekerjaan?
Kejutan tarif yang dikenakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donold Trump boleh menyebabkan sehingga 50,000 kehilangan pekerjaan secara langsung dan tidak langsung yang sebahagian besarnya akan menjejaskan kawasan seperti Pulau Pinang, Johor dan Lembah Klang.
Memetik laporan NST, menurut Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa Malaysia (MICCI), ia juga dijangka menyebabkan pertumbuhan gaji menjadi perlahan.
Presidennya, Christina Tee berkata, sektor berisiko utama termasuklah elektronik, sarung tangan, dan alat ganti automotif di mana jumlah pengeluaran yang berkaitan dengan eksport mungkin ...

Ainaa mahu lepasi pusingan kedua di Chicago
PETALING JAYA: Pemain skuasy negara, Nur Ainaa Amani Ampandi mahu melangkah lebih jauh dalam Kejohanan Dunia yang bakal berlangsung di Chicago pada Mei ini selepas dua tahun gagal melepasi pusingan kedua.
Ainaa, 23, menyifatkan kejohanan kali ini sebagai peluang terbaik untuk membuktikan kemampuannya, lebih-lebih lagi setelah menjalani persiapan rapi sejak awal tahun ini.
“Saya mahu lakukan jauh lebih baik di Chicago kali ini kerana sebelum ini saya gagal mara ke pusingan kedua.
“Kali ini ...

Tumpuan beralih kepada bantuan kemanusiaan
BANGKOK: Tumpuan kini beralih kepada keperluan kemanusiaan mendesak selepas pasukan penyelamat di Myanmar menemukan lebih banyak mayat dari runtuhan bangunan, seminggu selepas gempa bumi dahsyat yang meragut lebih 3,300 nyawa.
Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Tom Fletcher, yang juga berperanan sebagai penyelaras bantuan kecemasan melawat kawasan terjejas pada Jumaat bagi mempergiat usaha bantuan susulan gempa 28 Mac lalu.
Sebelum lawatannya, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres merayu kepada komuniti antarabangsa agar segera meningkatkan bantuan kewangan untuk ...

BAM uji sistem 15 mata pada kejohanan remaja
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menguji sistem 15 mata yang mahu diperkenalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kejohanan di peringkat remaja.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, kiraan baharu itu akan diuji pada kejohanan bawah 18 tahun dan Kejohanan Cabaran Antarabangsa yang kedua-duanya akan diadakan di Ipoh, Perak, Julai ini.
“Ini hanya satu proses percubaan daripada BWF untuk memastikan sama ada 15×3 ini sesuai ke tidak. Jadi, buat masa ini beberapa negara telah bersetuju untuk membuat percubaan,” katanya ...

Israel sengaja mahu pecah-belahkan Syria, Lubnan guna provokasi ketenteraan
KAHERAH: Liga Arab semalam menuduh Israel cuba memecah-belahkan Syria dan Lubnan menerusi provokasi ketenteraan, sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa.
Setiausaha Agungnya, Ahmed Aboul Gheit berkata, sikap ‘tidak peduli’ global menyebabkan Israel semakin angkuh dan berani melakukan apa sahaja yang mereka inginkan, termasuk jenayah kemanusiaan.
“Peperangan yang dilancarkan Israel terhadap Palestin, Lubnan dan Syria sudah memasuki fasa baharu, iaitu dengan melakukan pencerobohan sepenuhnya.
“Israel sengaja melanggar perjanjian yang dipersetujui, menceroboh negara dan membunuh lebih ramai orang awam,” katanya dalam kenyataan.
Beliau menyatakan, tindakan Israel ...

Mahu tinggal di rumah lama, walau bimbang keselamatan
SUBANG JAYA: Sebuah keluarga yang terjejas akibat kejadian letupan paip gas di Putra Heights di sini menyatakan hasrat untuk tetap tinggal di kawasan sama, walaupun tempat tersebut terjejas teruk akibat tragedi itu.
Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru, Khairul Miskam, 30, berkata, kejadian letupan gas yang berlaku langsung tidak mempengaruhi keputusannya agar berpindah ke lokasi lain yang lebih selamat.
“Kawasan letupan itu adalah tempat saya bermain semasa saya kecil. Jadi, saya tahu kawasan tersebut akan selamat selagi tiada sebarang aktiviti pembinaan dilakukan.
“Kalau ...