ARAU: Kedai atau kafe kopi ‘hipster’ bagaikan cendawan tumbuh di negeri ini dengan rata-rata pengusaha mengetengahkan pelbagai konsep dalam usaha menarik pengunjung.
Namun bagi seorang pemuda, Mohd. Sabirin Hassan,39, dari Tambun Tulang di sini, dia mengambil pendekatan berbeza dengan mengusahakan jualan kopi tersebut secara bergerak atau ‘mobile coffee’.
Menerusi sebuah van lama yang dihias cantik, Mohd. Sabirin yang mengusahakan perniagaan dikenali Pod Koffee itu, ketika ini, beroperasi di sebelah gerai Rumi’s Shawarma di Guar Sanji pada hari Jumaat dari pukul 6 ...