PETALING JAYA: Pandangan berhubung keperluan rumah pelacuran bagi warga asing bekerja di negara ini boleh dianggap membantu perkara maksiat yang dilarang dalam Islam.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam kenyataannya memaklumkan, cadangan itu yang dikatakan bertujuan mengelak daripada berlakunya kes rogol terhadap golongan wanita tempatan merupakan satu pandangan tersasar kerana menggalakkan kepada perkara maksiat.
Katanya, pusat pelacuran menggalakkan zina yang merupakan suatu perbuatan tercela dan boleh mendatangkan kerosakan kepada institusi kekeluargaan dan juga ...