Kecoh sejak beberapa hari yang lalu mengenai satu video yang menjadi tular di aplikasi X yang memaparkan orang ramai beratur panjang bagi mendapatkan manisan Cromboloni di sebuah kafe.
Difahamkan, orang ramai telah beratur menunggu giliran untuk membeli manisan itu selama hampir 6 jam namun berakhir dengan kekecewaan.
‘Cromboloni Day’ tak jadi?
Kedai pastri terkemuka itu sebelum ini telah mengadakan ‘Cromboloni Day’ namun pelanggan terpaksa berebut dengan ‘Personal Shopper’ sehingga ada yang mengadu beratur daripada jam 8.40 pagi sehingga 2.40 ...