Blog

Wanita ditahan salah guna kad debit penjawat awam

PETALING JAYA: Seorang wanita ditahan polis semalam selepas dipercayai menyalahgunakan kad debit milik seorang penjawat awam sehingga kerugian RM4,400.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya mengesan kenyataan di laman sosial Facebook yang dikeluarkan oleh lelaki berusia 35 tahun mengenai dakwaan kehilangan kad debit.

Menurutnya, hasil semakan mendapati terdapat dua transaksi pengeluaran dari akaun miliknya pada 24 Disember sehingga 25 Disember lalu tanpa pengetahuannya membabitkan kerugian berjumlah RM4,400.

“Kertas siasatan dibuka oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat ...

Read More →

“BF Saya Lagi Hot Dari Suami Dia, Buat Apa Saya Nak Rampas”

Pelakon Fatiya Latiff berkata dia tiada niat untuk menghancurkan rumah tangga pasangan selebriti Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

Menurut Fatiya, dia mendedahkan sudah pun mempunyai teman lelaki yang lebih kacak daripada bekas teman lelakinya itu dan tiada sebab untuk merampas hak orang lain.

BACA: “I Tak Mental, Kalau I Mental, I Dah Dekat Hospital Tanjung Rambutan”

@astrogempak

GempakNews: Fathia tampil mengulas situasi sekarang. Baca di www.gempak.com

Read More →
blank

“Tanggunglah Orang Yang Petik Nama Zahirah Dekat Live Fatiya”

Tiada angin tiada ribut, baru-baru ini pelakon Fatiya Latiff mengejutkan ramai apabila menyindir pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza ketika sesi siarang langsung.

Difahamkan, ketika siaran langsung itu ada netizen meninggalkan komen memetik nama Zahirah MacWilson serta mengatakan pelakon itu cantik effortless.

BACA: Fatiya Latiff Kata Rupa Zahirah MacWilson Macam Bibik

Disebabkan komen netizen tersebut, Fatiya tidak hanya berdiam diri dan mengatakan aktres itu dilihat seperti bibik baginya serta tidak akan dapat menandingi dirinya.

Read More →

blank

(VIDEO) “Ini Kereta Aku, Kau Keluar Sekarang!!!” – Minta Izin Dulu, Isteri Terjah Suami Kantoi Pergi ‘Hiking’ Dengan Skandal

Tular di Instagram hantaran seorang wanita yang mendedahkan taktik digunakan suaminya namun ia diketahui olehnya baru-baru ini.

Difahamkan, suami wanita bernama Snalia Novita itu telah meminta izinnya untuk pergi aktiviti mendaki gunung dengan alasan mahu menenangkan fikiran.

 

Tak halang suami, siap teman beli outfit hiking

Sanlia yang memahami suaminya itu langsung tidak menghalang malah turut menemani suaminya, Alex untuk membeli barang persiapan untuk aktiviti hiking tersebut.

Bagaimanapun, Alex akhirnya kantoi dengan Sanlia sebenarnya dia melakukan aktiviti tersebut bersama perempuan simpanannya, Yolanda.

Read More →

blank

MEASAT, SpaceX jalin kerjasama

blank

PETALING JAYA: MEASAT Global Berhad (MEASAT) kini menjadi Penjual Semula Rasmi yang dibenarkan oleh Space Exploration Technologies Corp. (SpaceX) untuk perkakasan dan perkhidmatan Starlink di pasaran yang dikendalikannya. MEASAT dalam kenyataan berkata, status itu mengukuhkan kedudukan sebagai penyedia sehenti untuk pelanggan mencari perkhidmatan dan penyelesaian satelit yang paling sesuai memenuhi keperluan mereka. MEASAT berkata, Starlink…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk ...

Read More →
blank

Angkasa labur RM450 juta sedia rumah untuk ahli B40

BACHOK: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) melabur sebanyak RM450 juta pada tahun ini bagi menyediakan rumah mampu milik kepada ahlinya yang tergolong dalam kalangan B40.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, kira-kira 300 ahlinya yang masih belum memiliki rumah dan menghadapi kesukaran membuat pinjaman kewangan dengan syarikat kewangan bakal menerima manfaat tersebut.

Menurutnya, rumah banglo itu akan dijual serendah RM50,000 seunit, RM199,000 dan RM249,000 berasaskan keupayaan ahli untuk membelinya.

“Projek ini digerakkan oleh Angkasa Bina Sdn. Bhd. selaku anak ...

Read More →
blank

Putera Mateen Sah Bergelar Suami Dayang Anisha

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah secara rasmi telah menjadi suami kepada Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja yang diadakan di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan sebentar tadi.

Putera Mateen melafazkan akad dengan sekali lafaz disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja dalam majlis penuh istiadat.

BACA: Sambut Hari Lahir Ke-29, Putera Mateen Nak Cari Calon Isteri

blank Read More →

blank

“I Tak Mental, Kalau I Mental, I Dah Dekat Hospital Tanjung Rambutan”

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Fatiya Latiff yang mengkritik rupa paras aktres Zahirah Macwilson seperti bibik.

Malah, Fatiya turut mengatakan dia lebih cantik berbanding Zahirah dan aktres itu tidak akan dapat menandinginya. Tegasnya lagi, dia tetap dengan pendiriannya kerana dia bebas bersuara.

BACA: Fatiya Latiff Mohon Guna Escort Polis, Pengawal Untuk Ke KLIA

Lebih kecoh apabila bekas kawan baiknya, Zarina Anjoulie turut bersuara mengenai isu tersebut dan saling berbalas mengeluarkan kenyataan antara satu sama lain.

Read More →
blank

“Tukar Kasut Lepas Solat, Risau Ada Geng Curi Selipar..” – Alif Kembali Ajak Jemaah Buat Larian Lepas Subuh, Kini Di Shah Alam

Masih meneruskan gerakan #GengSubuhMacamJumaat, pelakon dan pengacara Alif Satar kembali mengajak orang ramai untuk bersama-sama berjemaah Subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Jumaat ini.

Lari ‘leha-leha’

Selain dari menunaikan solat Subuh berjemaah yang bakal diimamkan oleh Imam Abdulkarim Almakki, pelakon ini juga tidak melepaskan peluang untuk mengajak jemaah yang hadir untuk turut mengikutnya lari keliling taman bersama-sama.

Salam semua pejuang Subuh! Hari tu korang buka game tak puas hati nak ajak Alif lari lagi sekali kan? Jom!

Read More →
Page 1,803 of 1,952 «...1,7801,7901,8001,8011,8021,8031,8041,805...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X