PUTRAJAYA: Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) akan meneruskan operasi dengan semua penerbangan syarikat itu tertakluk kepada penilaian risiko berterusan berikutan ketegangan serantau yang tercetus di beberapa bahagian ruang udara Asia Barat.
Malaysia Airlines berkata, syarikat penerbangan itu kekal berpandukan kepada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan pihak berkuasa penerbangan global lain bagi memastikan keselamatan ruang udara yang digunakan dalam operasi mereka.
“Semua laluan penerbangan dinilai menggunakan risikan masa nyata, laporan keselamatan global, Notis kepada Anak Kapal Udara (NOTAM) serta pemantauan berterusan ...