KANGAR: Warga emas khususnya golongan pesara terus menjadi sasaran sindiket penipuan dalam talian dengan mencatatkan kerugian mencecah RM1.05 juta di negeri ini sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, secara keseluruhan pada tahun lalu, sebanyak 417 kes melibatkan pelbagai jenis jenayah komersial dicatatkan dengan jumlah kerugian kira-kira RM5.5 juta dicatatkan sepanjang Januari hingga Disember.
Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 31 kes melibatkan golongan pesara kerajaan dan swasta membabitkan ...