PETALING JAYA: Pegawai polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh menerapkan nilai kerohanian kepada remaja yang melakukan kesalahan ketika menunggang motosikal apabila mereka yang ditahan itu dibawa ke Surau Fazwina IPD Sungai Buloh untuk solat Subuh bersama semalam.
Seramai 14 penunggang motosikal yang melakukan kesalahan trafik itu mendirikan solat Subuh yang diimamkan Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Inspektor Che Hassan Ambok.
IPD Sungai Buloh dalam kenyataan di Facebooknya berkata, ...