PETALING JAYA: “Aku ni nampak loud tapi aku senang kena tipu, orang ambil kesempatan. Aku cepat lembut hati. Aku tahu ada kawan-kawan yang ambil kesempatan tapi sebab kesian, aku biar.”
Demikian luahan pelakon, Zarina Anjoulie yang mengakui serik membantu rakan-rakan namun dibalas dengan kekecewaan dan tikam belakang.
Jelas pelakon itu, dia nekad untuk tidak lagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang akhirnya akan menyusahkan hidupnya.
“Tahun ini aku akan berubah, bertahun-tahun aku kawan dengan kawan perempuan. Berkawan lapan tahun tapi dalam lapan tahun ...