GEORGE TOWN : Tindakan seorang lelaki menjadikan tandas dalam kawasan hutan di Cangkat Bukit Gambir, Gelugor, di sini sebagai ‘makmal’ tempat memproses serta mengedar dadah akhirnya terbongkar selepas tempat itu diserbu polis, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, penahanan suspek membawa kepada rampasan sejumlah dadah jenis heroin bersama pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah tersebut.
Katanya, suspek berusia 47 tahun itu dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan pengedaran dadah sejak awal Disember ...