KUANTAN: Sekretariat Forum GiG Ekonomi Malaysia (NGO) sedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi penggiat industri GiG seluruh negara.
Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, tugas itu sedia digalas sekretariat terbabit sehingga kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) atau badan kawal selia bagi menambah baik perlindungan sosial dan kebajikan pekerja industri p-hailing serta e-hailing.
Menurutnya, SEGiM atau badan kawal terbabit perlu segera diwujudkan bagi menjaga kebajikan seluruh rantaian ekonomi industri GiG bermula daripada penyedia perkhidmatan, pembekal, pekerja ...