Blog

Tunggang motosikal ke masjid pun perlu pakai topi keledar-JPJ

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengingatkan semua penunggang motosikal agar tetap memakai topi keledar semasa dalam perjalanan menunaikan solat jemaah di masjid di kawasan masing-masing.

Ketua Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ negeri, Mohd. Apandi @ Sanusi Jusoh berkata, meskipun hanya mahu menunaikan solat, pematuhan pemakaian topi keledar sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua penunggang termasuk pembonceng motosikal.

“JPJ Kelantan telah menyampaikan sumbangan topi keledar kepada beberapa penduduk terpilih di Mukim Kemumin. Ia merupakan evokasi kepada penduduk setempat agar sentiasa ...

Read More →

AS musnahkan peluru berpandu anti kapal Houthi

WASHINGTON: Jet pejuang Amerika Syarikat (AS) menyerang beberapa tapak kumpulan Houthi buat kali keenam, sekali gus memusnahkan sejumlah pelancar peluru berpandu anti kapal di Yaman yang bersiap sedia melancarkan serangan.

Perkara itu dimaklumkan oleh dua pegawai AS yang membincangkan mengenai operasi ketenteraan yang sedang dijalankan. 

Menurut pegawai berkenaan, serangan itu dilancarkan menggunakan jet pejuang F/A-18 daripada kapal pengangkut pesawat USS Dwight D.Eisenhower.

Serangan terbaharu itu dikatakan menyerupai ...

Read More →
blank

Harimau Malaya tewas bermaruah kepada Bahrain

PETALING JAYA: Jaringan tunggal penyerang Bahrain, Ali Madan pada penghujung permainan memberi kekecewaan kepada Harimau Malaya selepas tewas 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, sebentar tadi.

Kekalahan itu juga menyaksikan Malaysia sudah tersingkir daripada saingan Piala Asia dan bakal melengkapkan jadual perlawanan menentang Korea Selatan pada 25 Januari ini pada pukul 7.30 malam waktu Malaysia sebelum pulang ke ...

Read More →
blank

Empat ‘port’ dadah digempur, 45 penagih dicekup

KLANG: Empat ‘port’ atau sarang penagihan dadah yang bergiat aktif antara sebulan hingga lima tahun lalu digempur polis di sekitar daerah ini, hari ini.

Lokasi itu turut meliputi kawasan tanah lot kosong dan bawah jambatan yang menjadi tumpuan penagih tegar heroin, syabu serta ganja.

Serbuan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu membawa kepada penahanan seramai 45 lelaki berusia 25 hingga 75 tahun termasuk bekas penjawat awam.

Operasi lebih tiga jam itu dijalankan sepasukan 152 ...

Read More →
blank

Malaysia lepas geram robek Chile 5-0

PETALING JAYA: Skuad hoki negara akhirnya meraih kemenangan pertama mereka dalam kempen Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 apabila membelasah Chile 5-0 dalam aksi penentuan tempat kelima hingga kelapan yang berlangsung di Muscat, Oman hari ini.

Atas kertas, impian Malaysia ke Sukan Olimpik Paris sudah pun berkecai setelah terkandas di peringkat kumpulan.

Begitupun anak buah Arul Selvaraj tampil garang dengan Muhammad Razie Abd Rahim berjaya meledak pada minit ke 32 menerusi pukulan sudut penalti.

Mohamad Ashran Hamsani berjaya menggandakan jaringan dua minit kemudian ...

Read More →
blank

Arsenal kembali menang, belasah Crystal Palace 5-0

LONDON: Arsenal kembali menemui sentuhan kemenangan selepas membelasah Crystal Palace 5-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Stadium Emirates sebentar tadi.

Pesta gol Arsenal bermula sejak minit ke 11 apabila pemain pertahanan, Gabriel Magalhaes menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru yang diambil Declan Rice.

Gabriel sepatutnya menjadi penjaring gol kedua Arsenal pada minit ke 37, namun pengadil perlawanan melabel gol tersebut adalah jaringan sendiri pemain Crystal Palace, Dean Henderson selepas gagal mengeluarkan bola daripada sepakan penjuru.

Bersambung babak kedua, Arsenal ...

Read More →
blank

Lima dicekup uji motosikal dengan aksi ‘Superman’

SHAH ALAM: Tindakan lima lelaki menguji kelajuan motosikal dengan melakukan aksi ‘superman’ di Lebuhraya Persekutuan di sini, mengundang padah apabila ditahan polis hari ini.

Kesemua individu berusia 17 hingga 21 tahun itu ditahan secara berasingan menerusi Op Samseng Jalanan bermula kira-kira pukul 2.25 pagi.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd. Azman Ahmad Sapri berkata, operasi itu dijalankan pihaknya oleh sepasukan pegawai dan anggota Unit ...

Read More →
blank

Jordan hampir kejutkan Korea Selatan

DOHA: Jordan hampir mengejutkan Korea Selatan pada aksi kedua Kumpulan E Piala Asia 2023 di Stadium Al Thumama, sebentar tadi.

Bagaimanapun, gol sendiri pemain Jordan pada minit terakhir perlawanan menyelamatkan maruah Korea Selatan untuk mengakhiri aksi penuh dramatik itu dengan keputusan 2-2.

Korea Selatan yang berada dikedudukan ke-23 dunia turun sebagai pasukan pilihan menentang Jordan di tangga ke-87.

Status itu menyaksikan skuad kendalian Jurgen Klinsmann bermula baik apabila membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi penyudah penalti disempurnakan Son Heung-min.

Namun, Jordan bangkit ...

Read More →
blank

BINA unjur Wacana Intelek, bincang hal ekonomi, Bumiputera 

KUALA LUMPUR: Sebuah program Wacana Intelek akan diadakan bagi membincangkan hal ehwal pembangunan ekonomi serta kebajikan Bumiputera. 

Pengerusi Pengerusi Inisiatif Bina Bangsa (BINA), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, antara lain program tersebut diadakan adalah bertujuan memberikan cadangan serta pandangan konstruktif dalam memastikan masa depan komuniti Bumiputera terpelihara.

“Tumpuan utama Wacana Intelek di peringkat permulaan adalah perkara berkaitan ekonomi, pendidikan, sosial dan penerapan semangat nasionalisme di Malaysia. Selain itu, ...

Read More →
blank

Biarkan Baju Di Ampaian Sehingga Menjelang Maghrib Akan Diludah Jin, Mufti WP Beri Penjelasan

Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat di Malaysia menjemur pakaian di luar rumah selepas dikeluarkan dari mesin basuh untuk dicuci. Namun, aktiviti ini telah menimbulkan persoalan apabila ada yang mempersoal jika benar baju di ampaian waktu senja akan diludah jin.

Jawapan Mufti WP

Oleh kerana soalan tersebut telah menjadi satu keraguan untuk orang ramai, Mufti Wilayan Persekutuan telah tampil memberi pencerahan tentang pertanyaan berkenaan.

Menurut pihak Mufti, tidak dijumpai mana-mana nas syarak yang menyebutkan membiarkan pakaian bersidai di ampaian pada waktu ...

Read More →
Page 1,767 of 1,954 «...1,7401,7501,7601,7651,7661,7671,7681,769...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X