PETALING JAYA: Seorang pemandu lori yang memiliki 16 rekod jenayah ditahan selepas dipercayai mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di Taman Ampang Utama di sini, Jumaat lalu.
Penahanan itu susulan laporan diterima polis daripada seorang juruteknik berusia 40 tahun berhubung kerosakan panggilan telefon oleh pelanggan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, hasil pemeriksaan mendapati kabel talian telah dipotong dan dicuri.
“Jumlah kabel yang dipotong dianggarkan empat batang yang pelbagai ...