Tidak mahu namanya terus disalahkan, bekas penyampai radio Suria FM akhirnya tampil mendedahkan bukti jumlah pendengar slot ketika dirinya masih bertugas di sana. Hal ini bagi menjelaskan dakwaan bahawa rating rendah merupakan punca kontraknya ditamatkan.
Bukti rating tinggi
Menerusi Instagram, Tyzo berkongsi sebuah hantaran yang menunjukkan rating survey semua segmen rancangan di stesen radio tersebut di tahun 2023. Menurutnya, dakwaan jumlah pendengar slotnya rendah itu tidak betul.
Kecoh sangat pasal rating, biarlah gambar berbicara. Ini data rating jumlah pendengar.
Alhamdulillah, bagi 2022 hingga ...