Blog

“Hadanah Bukan Untuk Berebut, Tapi Nak Anak Saya Dapat Kasih Sayang Sempurna” – Fizi Ali

Penyampai radio, Fizi Ali menjelaskan bahawa tindakannya memfailkan hak penjagaan anak (Hadanah) terhadap isteri, aktres Shakilla Khoriri bukanlah bertujuan untuk berebut sebaliknya hanya menginginkan anaknya itu mendapat kasih sayang yang sempurna.

Ujar Fizi, apa yang diharapkan hanyalah mahu Nur Ameena Sofia mendapat hak yang sepatutnya iaitu kasih sayang daripada kedua ibu bapanya.

Tiada niat untuk berebut anak

Read More →

Agong berkenan rasmi SMART SBB Ala Sekinchan, Pekan

PEKAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan bagi daerah ini di Kumpulan Pengguna Air (KPA) Permatang Durian, skim Merchong di sini hari ini.

Berkenan berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

SMART SBB Ala Sekinchan merupakan model baharu yang menerapkan amalan pertanian berhasil tinggi dengan mempraktikkan pengetahuan, sikap dan amalan dilancarkan pada Mei 2023.

Program ini sudah ...

Read More →
blank

Pesakit tak kritikal diminta ke KK Mahmoodiah, bukan terus ke HSA

JOHOR BAHRU: Orang ramai yang tidak mempunyai simptom sakit kritikal dinasihakant supaya tidak terus ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (JKT) Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi mengurangkan kesesakan di unit berkenaan.

Sebaliknya, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon meminta mereka mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan (KK) Mahmoodiah yang berhampiran dengan HSA.

Katanya, waktu operasi KK Mahmoodiah telah dilanjutkan dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari, berbanding hanya sehingga pukul 5 petang ...

Read More →
blank

Sokong Usaha Alif Satar, Jakim Umum Tiga Masjid Bakal Gerakkan #GengSubuhMacamJumaat Mulai Minggu Depan

Usaha murni yang dimulakan oleh selebriti versatil, Alif Satar disambut baik ramai pihak dan sudah mula menjadi ikutan sehingga ke negara jiran, Singapura.

 

Jakim sokong, adakan di tiga buah masjid

Terbaru, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) memaklumkan tiga buah masjid utama di bawah pentadbirannya akan mengikut jejak langkah Alif menggerakkan #GengSubuhMacamJumaat bermula minggu depan.

Tiga buah masjid yang terlibat adalah Masjid Putra, Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin dan Masjid Negara dan difahamkan masjid-masjid lain juga dalam perancangan untuk  menggerakkan usaha yang sama selepas ...

Read More →
blank

“Semoga Menjadi Asbab Bella Ikut Sama..” – Aisyah Aziz Dipuji Sopan Bertudung, Nama Bella Astilah Turut ‘Dipetik’

Baru-baru ini penyanyi berbakat, Aisyah Aziz telah menarik perhatian wargamaya apabila dirinya muncul dengan penampilan bertudung selepas dia telah kembali dari mengerjakan ibadah umrah hujung tahun lalu.

Sopan bertudung

Ekoran itu, tular sebuah video di laman TikTok yang memaparkan Aisyah ketika sesi rehearsal untuk sebuah program televisyen di Singapura. Sambil mengalunkan lagu bertajuk Terakhir Ku Lihat Wajahmu milik Uji Rashid itu, penyanyi ini terlihat mengayakan dress hitam dan bertudung bawal.