SAUDARA PENGARANG,
PERBANKAN Islam menghadapi beberapa cabaran yang boleh mengganggu perkembangan dan kelestariannya dalam dunia moden. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah persaingan dengan bank konvensional yang memiliki kelebihan dalam hal modal, pengalaman, teknologi dan rangkaian selain dapat menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih murah, mudah serta pelbagai kepada pelanggan.
Bank konvensional juga boleh meniru atau menyesuaikan produk dan perkhidmatan perbankan Islam untuk menarik pelanggan yang berminat dengan nilai-nilai Islam. Oleh itu, perbankan Islam perlu meningkatkan kualiti, kebolehpercayaan dan kepelbagaian ...