KUALA LUMPUR :Menyifatkan dirinya sebagai seorang wanita ‘workaholic’, pelakon, Rita Rudaini, 48, mengakui sangat fokus dengan kerja seni lakon gara-gara enggan membiarkan diri berasa bosan di rumah.
Bagaimanapun, menurut Rita, kehidupannya perlahan-lahan berubah setelah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia 13 tahun.
“Sejak ada mereka, hidup saya berubah. Saya kerja sebulan dan kemudian dua tiga bulan akan berehat untuk luangkan masa dengan mereka. Kalau mereka sekolah, saya tak akan ambil job ...