IPOH: Semua pihak diminta menghormati kuasa prerogatif Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam memberi pengampunan dan pengurangan hukuman banduan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, kenyataan dikeluarkan Istana Negara hari ini jelas memperincikan bidang kuasa baginda yang tertakluk di bawah lunas undang-undang.
“Saya harap masyarakat hormat bidang kuasa Agong, tambahan lagi dari segi undang-undang ia selaras dengan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. Jika ada apa-apa rayuan, ikut lunas yang disediakan.
“Kenyataan itu ...