PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang pengarah syarikat pengiklanan kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM92,500.
Ia sebagai balasan melantik sebuah syarikat untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan papan iklan di salah sebuah daerah di negeri ini yang berjumlah RM2.5 juta.
Sumber memberitahu, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an dipercayai ditahan kira-kira pukul 11 pagi tadi di kediamannya yang terletak di Batu Caves, Selangor.
Beliau berkata, seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai menjadi orang tengah turut ditahan di sekitar Kuantan, ...