PETALING JAYA: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) mengedarkan benih asas bawang merah secara skala besar kepada petani dilantik untuk keperluan penanaman bawang segar tempatan.
Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Wan Rozita Wan Engah berkata, usahawan dipilih akan diberi bimbingan teknikal melalui kursus dan latihan serta dibekalkan dengan benih bawang secara percuma untuk musim pertama pengeluaran.
Jelasnya, petani yang diberi benih tersebut akan terus dibantu melalui pemantauan secara berkala untuk melihat perkembangan penanaman bawang yang memerlukan tempoh masa 65 sehingga 75 ...