SHAH ALAM: Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan tindakan sekumpulan individu memakai pakaian menyerupai pasukan beruniform dalam satu majlis supaya tampil memberi maklumat.
Hal demikian berikutan tular sebuah video dalam media sosial memaparkan individu-individu berkenaan mengenakan pakaian menyerupai pasukan penguatkuasa serta uniform istiadat yang lengkap berselempang dan pingat atau darjah kebesaran.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan sedemikian mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai yang beranggapan perbuatan tersebut bukan satu kesalahan.
Menurutnya, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ...