LENGGONG: Kemunculan gajah liar yang merosakkan tanaman dan berkeliaran dekat dengan rumah penduduk di sekitar Kampung Chepor di sini menimbulkan kebimbangan mereka berhubung risiko keselamatan.
Seorang penduduk, Izwan Muhizzin Shaari berkata, kehadiran mamalia yang berani masuk hingga ke pekarangan rumah itu membuatkan dia dan keluarga ketakutan sehingga tidak dapat tidur lena.
Malah katanya, untuk tujuan keselamatan, dia terpaksa membuat ‘persediaan’ dengan menyediakan mercun bagi menghalau haiwan itu sekiranya berada terlalu hampir dengan rumah.
“Kehadiran gajah liar ini amat menggusarkan kerana haiwan ini ...