Umum mengetahui sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut berlaku antara adik beradik Shila Amzah berikutan penyanyi itu mahu menjual banglo miliknya yang didiami oleh keluarganya.
Memetik Harian Metro, Shila berkata dia mahu menjual banglo tersebut kerana mahu menjalani kehidupan sederhana. Malah, dia dan suaminya, Ubai sudah membuat perancangan hari tua dengan anak-anak.
BACA: Shila Amzah Dilayan Ubai Bak ‘Princess’ Ketika Hamil
“Saya percaya, pada zaman sekarang, rumah bukanlah lagi satu aset sebaliknya liabiliti. Kami juga mahu menjalani hidup yang sederhana ...