TAPAH: Dua lagi tahanan lelaki etnik Rohingnya yang lolos dari Depot Imigresen Sementara Bidor berjaya ditangkap polis di sebuah ladang kelapa sawit, Ladang Kami Garden, Sungkai dekat sini hari ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tangkapan pada pukul 12 tengah hari itu hasil maklumat orang awam dan operasi khas polis.
“Setakat ini, 131 tahanan yang lolos, seramai 56 orang telah berjaya ditangkap, mati akibat kemalangan jalan raya (dua orang) serta yang masih bebas ialah 73 orang.
“Tangkapan ...