Blog

15 individu telah diambil keterangan

PETALING JAYA: Polis telah merakam keterangan daripada 15 individu setakat ini bagi membantu siasatan berhubung insiden melibatkan pengunjung konsert Pinkfish pada malam sambutan Tahun Baharu 2025. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kesemua individu tersebut merupakan rakan kepada mangsa yang dipercayai hadir ke konsert berkenaan.

“Rakaman percakapan dibuat bagi mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai kejadian tersebut. 

“Namun, sehingga kini keputusan ujian toksikologi masih belum diterima,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam ...

Read More →

JPN Johor pertimbang tambah musolla

JOHOR BAHRU: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) mempertimbang untuk memohon menambah musolla sekolah di negeri ini untuk kemudahan kepada pelajar mendirikan solat Jumaat.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, musolla sekolah itu turut memberi manfaat kepada masyarakat setempat bagi menunaikan ibadah tersebut.

Katanya, walaupun ketika musim cuti sekolah, musolla yang dibenarkan untuk didirikan sembahyang Jumaat akan dibuka seperti biasa.

“Musolla Sekolah yang mula beroperasi semalam berjalan dengan lancar dan memberi gambaran ...

Read More →

Hakim tetapkan tarikh hukuman Trump pada 10 Januari

WASHINGTON: Mahkamah menetapkan 10 Januari sebagai tarikh hukuman kes Donald Trump melibatkan bayaran wang sogokan kepada seorang pelakon lucah, Stormy Daniels. Tarikh jatuh hukum itu dijadualkan 10 hari sebelum Trump mengangkat sumpah Presiden Amerika Syarikat (AS). Bagaimanapun, mahkamah dijangka tidak akan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Trump. Hakim New York, Juan Merchan berkata, Trump perlu hadir … Read More →

Enggan gadai maruah demi tawaran berlakon

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharifah Husna enggan melakonkan babak yang berpotensi menimbulkan kontroversi.

Katanya, sebagai isteri orang, dia harus menjaga batas agar maruah dan nama baiknya serta keluarga tidak tercalar.

“Sebagai orang dewasa, saya kena pandai menilai baik dan buruk. Memanglah dalam berlakon, pelakon kena ikut skrip dan ikut arahan pengarah.

“Tapi, lakonan juga ada batasnya. Kalau watak atau babak itu diluar kemampuan, saya tak akan terima.

“Jangankan kerana tawaran berlakon, saya gadaikan imej ...

Read More →

AS usul penjualan senjata RM36 bilion kepada Israel

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Joe Biden secara tidak rasmi memberitahu Kongres Amerika Syarikat (AS) mengenai cadangan penjualan senjata bernilai AS$8 bilion (RM36 bilion) kepada Israel. Menurut laporan Axios yang memetik dua sumber, penjualan senjata itu merangkumi peluru untuk jet pejuang dan helikopter serang. Perjanjian itu memerlukan kelulusan daripada jawatankuasa Dewan dan Senat, serta merangkumi peluru artileri … Read More →

“Kalau Tak Jadi, Saya Juga Yang Malu..” – Erra Fazira Akui Sedang Kenali Hati Budi ‘Seseorang’

Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira mengakui dirinya sedang mengenali seseorang yang istimewa pada ketika ini.

Dia yang ditemui media menjawab persoalan itu setelah satu hantaran di Instagram Story miliknya baru-baru ini seolah-olah memberi bayangan yang hatinya sudah dimiliki ‘seseorang’.

Namun begitu, Erra memilih untuk lebih berhati-hati dan enggan mengulas lanjut tentang siapakah individu istimewa itu.

Read More →

Tidak cukup dokumentasi, polis tolak permohonan himpunan solidariti

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjuran himpunan solidariti yang dijadualkan berlangsung di Istana Kehakiman, Isnin depan ekoran dokumen yang dikemukakan tidak lengkap.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima permohonan daripada penganjur pada 31 Disember lalu, namun selepas penelitian dibuat, didapati ia tidak memenuhi keperluan ditetapkan mengikut undang-undang.

“Pemakluman penolakan permohonan telah disampaikan kepada pihak penganjur pada kelmarin (3 Januari).

“Oleh itu, penganjuran himpunan tersebut tidak mendapat kebenaran daripada pihak polis,” katanya dalam kenyataan ...

Read More →

Polis cari gadis 14 tahun hilang di Genting Highlands

BENTONG: Polis sedang mengesan seorang remaja, Nur Hidayatul Iman Abdullah, 14, yang dilaporkan hilang di alamat terakhir Blok D-401, Ramin Apartmen, Genting Highlands dekat sini.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, polis menerima laporan daripada abang mangsa mengenai kehilangan remaja tersebut pada pukul 6.40 petang, semalam.

“Kali terakhir remaja yang berkulit sawo matang dan berbadan kurus berkenaan berada di hadapan Restoran Aladdin, Genting Highlands  dengan memakai baju sejuk jenis Adidas berwarna hitam ...

Read More →

Polis siasat individu berpakaian istiadat, uniform penguat kuasa

SHAH ALAM: Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan tindakan sekumpulan individu memakai pakaian menyerupai pasukan beruniform dalam satu majlis supaya tampil memberi maklumat.

Hal demikian berikutan tular sebuah video dalam media sosial memaparkan individu-individu berkenaan mengenakan pakaian menyerupai pasukan penguatkuasa serta uniform istiadat yang lengkap berselempang dan pingat atau darjah kebesaran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan sedemikian mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai yang beranggapan perbuatan tersebut bukan satu kesalahan.

Menurutnya, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ...

Read More →

Virus Seakan COVID-19, hMPV Mula Menular Di China, Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya

Selepas Covid-19, dunia kini dikejutkan dengan kemunculan virus HMPV (Human Metapneumovirus) yang semakin menular di China. Virus ini mendapat perhatian kerana peningkatan kes, terutama dalam kalangan kanak-kanak, warga emas, dan individu dengan sistem imun lemah. Walaupun kurang dikenali berbanding Covid-19, HMPV boleh mendatangkan risiko serius jika tidak dikesan atau dirawat awal.

Sejak Disember lalu, kes HMPV meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak bawah 14 tahun di wilayah utara China. Sebagai langkah respons, pihak berkuasa kesihatan China telah memperkenalkan ...

Read More →
Page 170 of 1,607 «...140150160168169170171172...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X