KUALA SELANGOR: Tujuh balai bomba dikerah bagi operasi memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah gudang memproses dan menyimpan racun tikus di Bestari Jaya di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan 40 anggota dan pegawai serta tujuh jentera dikerah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan, kira-kira pukul 4.14 pagi.
“Kesemua anggota melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Kuala Selangor, Batu Arang, Kapar, Klang Utara, Rawang dan Sungai Besar.
“Pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan gudang ...