Seorang bekas pembantu tadbir kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM180 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuching selepas didapati bersalah atas 36 pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) melibatkan jumlah melebihi RM16 juta, memetik Buletin TV3.
Tertuduh, Mohd Zairull Arzuan Mohd Shamsuddin Ja’afar, 38, menerima hukuman penjara 12 tahun bagi setiap pertuduhan namun kesemuanya diperintahkan berjalan serentak.
Dia juga dikenakan tiga sebatan serta tambahan tiga tahun penjara jika ...