KUANTAN: Seramai 200 penerima terdiri daripada golongan asnaf, pesakit kronik dan warga emas masing-masing menerima sumbangan RM300 bagi memberikan keceriaan kepada golongan tersebut ketika umat Islam masih lagi dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Program Penyerahan Bantuan Hari Raya itu merupakan kerjasama strategik FGV Holdings Berhad, Majlis Tindakan Sosial Parlimen (MTSP) Indera Mahkota dan Majlis Pembangunan Wanita Parlimen (MPWP) Indera Mahkota.
Pada majlis itu, FGV turut menyalurkan peruntukan khas RM10,000 kepada mangsa ribut di Bukit Setongkol bagi meringankan beban sempena Hari ...